Bagi menangani isu lonjakan harga rumah di pasaran, Australia akan melarang pelabur asing untuk membeli rumah sedia ada selama dua tahun di pasaran mereka bermula 1 April ini.
Tindakan itu bermakna tiada sebarang penjualan rumah sedia ada akan dilaksanakan bersama warga asing sehingga 31 Mac 2027 kelak.
Buat pengetahuan umum, ketika ini harga perumahan di Australia menjadi antara yang tertinggi pada pasaran global di mana telah melonjak 70% dalam tempoh 10 tahun, menjadikan harga pertengahan rumah berupaya mencecah $1.2 juta dan situasi ini berpotensi menidakkan lagi hak rakyat mereka untuk memiliki kediaman sendiri sekiranya akses jualan ke pasaran luar diteruskan.
Larangan ini difahamkan akan terus dikaji setelah tempoh pelaksanaan tamat dan akan diteliti sama ada dilanjutkan mahupun tidak.