Artikel

Pemegang Lesen P Kini Boleh Naik-Taraf Lesen Ke Lesen Penuh – Menerusi Aplikasi MyJPJ

Berita baik buat pemegang lesen P, kini anda boleh menaiktaraf Lesen Memandu Percubaan (PDL) dengan hanya mengemaskini pada aplikasi MyJPJ kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Adanya kemudahan ini, para pemegang lesen P memiliki pilihan untuk tidak lagi ke cawangan fizikal JPJ bagi mengemaskini maklumat perlesenan baharu mereka. Maka untuk melaksanakannya – pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi MyJPJ dan pergi ke bahagian Perlesenan Memandu, klik Permohonan CDL dan pilih tempoh tahunan hayat lesen tersebut pada aplikasi.

Berdasarkan pengamatan Rnggt, pemegang lesen P boleh menaiktaraf lesen penuh mereka dengan pilihan tempoh lesen bermula 1 tahun sehingga 10 tahun.

Menerusi usaha ini ia tidak sekadar memudahkan orang awam untuk mengemaskini perlesenan mereka tetapi turut mengatasi isu kesesakan di kaunter fizikal JPJ.