Jumlah penduduk Malaysia dilihat terus memaparkan peningkatan, apabila suku tahun keempat 2024 menganggarkan populasi negara ketika ini adalah seramai 34.2 juta orang.
Rekod itu menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) secara jelas lebih tinggi berbanding suku keempat 2023 dengan jumlah penduduk sekitar 33.7 juta orang.
Mengikut taburan demografi ini, seramai 30.8 juta (90.1%) adalah warganegara sementara 3.4 juta (9.9%) pula kalangan bukan-warganegara. Data iniĀ turut menjelaskan jumlah penduduk lelaki kekal mendominasi dengan 18 juta orang manakala penduduk wanita pula seramai 16.2 juta orang.
Selanjutnya taburan berlandaskan etnik pula menunjukkan Melayu menyumbang 58.1% daripada jumlah penduduk diikuti diikuti Cina (22.4%), India (6.5%) dan Bumiputera Lain (12.3%).
Melihat pada peningkatan ini, ia sekaligus turut meningkatkan jumlah penduduk dalam beberapa negeri di Malaysia. Antaranya Selangor (7.38 juta), Johor (4.19 juta), Sabah (3.74 juta), Perak (2.57 juta), dan Sarawak (2.52 juta).