Tanpa kelulusan pihak atasan, semua agensi kerajaan dimaklumkan tidak boleh menubuhkan anak syarikat baharu. Perihal ini berikutan rekod kerugian yang besar dicatatkan pada pasaran semasa.
Penegasan yang dimaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini adalah sebahagian usaha negara untuk memastikan setiap syarikat yang dibentuk oleh agensi kerajaan perlulah memaparkan peranan dan prestasi yang baik tidak sekadar meraih peruntukan yang besar semata.
Selain tindakan itu, dimaklumkan beberapa agensi kerajaan turut akan diseragamkan kelak. Langkah ini untuk menangani isu pertindihan peranan dalam perkhidmatan semasa dan sekaligus dapat memberi penjimatan yang lebih berganda pada perbelanjaan negara di pasaran hadapan kelak.