Artikel

WHO Cadang Naikkan Yuran Ahli Sehingga 20% – Setelah AS Tarik Diri

Untuk menampung modal organisasi menjelang 2030, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini mencadangkan kadar yuran keahlian dinaikkan sehingga 20%. Tindakan ini turut melibatkan tindak balas kepada keputusan Amerika Syarikat (AS) yang kelak akan menarik diri daripada penyertaan WHO tidak lama lagi.

Buat pengetahuan umum, AS menjadi negara penderma terbesar pada badan kesihatan global tersebut.

Namun berikutan pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Donald Trump pada Januari lalu untuk menarik diri selama setahun daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilihat akan memberi kesan kepada badan penguasa yang lain.

Maka dengan mengesyorkan kenaikan yuran ahli ini, ia tidak sekadar menyeimbangkan bajet WHO tetapi ia juga menjadi langkah awal pihak mereka mengurangkan kebergantungan ke atas kumpulan penderma terbesar dalam WHO.