Artikel

MASwings Kini Dinamakan AirBorneo – Taruhan Sarawak Pada Saingan Sektor Penerbangan

Hari ini secara rasminya, pasaran negara memperlihatkan peralihan MASwings di bawah pengurusan Malaysia Aviation Group (MAG) kepada Sarawak setelah mencapai persetujuan menyeluruh pada Januari lalu. Dengan peralihan itu, kini MASwings telah dinamakan semula dengan identiti baharu sebagai AirBorneo.

Menerusi pemilikan strategik ini, sektor penerbangan negara akan melihat khidmat AirBorneo selaku syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (FSC) yang sebagaimana dilaksanakan oleh Malaysia Airlines. Perihal ini sekaligus seiring dengan matlamat AirBorneo yang tidak sekadar mengukuhkan segmen penerbangan di rantau Borneo tetapi turut meliputi permintaan ASEAN kelak.

Maka ke arah itu, Sarawak di bawah kementerian pelancongan bersama sokongan MAG akan mengatur langkah pertukaran kepakaran dan perkongsian pengetahuan bagi membantu bakat tempatan pada sektor penerbangan negeri. Tindakan itu sekadar memajukan sektor ekonomi negeri bahkan turut menambahbaik taraf hidup, sosial bakat tempatan Sarawak secara berperingkat.