Artikel

Pelarian, Pemohon Suaka Di Malaysia – Kini Boleh Guna Akses Kewangan TNG eWallet

Bertepatan dengan persetujuan yang dicapai pada Hari Pelarian Sedunia 2024 lalu, TNG Digital kini merealisasikan matlamat operası bersama UNHCR dengan menyediakan akses kewangan kepada kumpulan pelarian dan pencari suaka di Malaysia – pada platform TNG eWallet.

Akses ini sekaligus akan memberi kelebihan kepada lebih 192,000 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Perolehan khidmat kewangan ini secara langsung akan meningkat keupayaan kumpulan pengguna tersebut untuk menambahbaik semula aliran tunai mereka. Buat pengetahuan umum, kumpulan ini terdiri daripada kalangan negara dari Myanmar, Pakistan, Yaman, Syria, dan negara lain yang terjejas akibat konflik dan isu penganiayaan. Kesan status semasa mereka, secara langsung telah menjejaskan hak untuk mengakses khidmat kewangan.

Dengan kebersamaan TNG Digital, kekangan tersebut dapat diatasi dan membolehkan kumpulan pengguna berkaitan menaik-taraf hidup mereka, serta menyumbang dengan lebih aktif kepada ekonomi Malaysia.