Musim haji 2025 kini memperlihatkan beberapa peraturan baharu – antaranya kanak-kanak dilarang, tidak dibenarkan untuk sertai jemaah haji pada musim tahun ini. Langkah itu menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi adalah bertujuan memastikan keselamatan kanak-kanak terus terjamin daripada risiko kesesakan yang berupaya menjejaskan kumpulan ini.
Keutamaan musim haji kali ini difahamkan tertumpu kepada kumpulan jemaah kali pertama yang menunaikan ibadah tersebut. Berbalik kepada larangan itu, perihal tersebut bagaimanapun tidak diperincikan akan lingkungan usia kanak-kanak yang terlibat.
Selain peraturan baru itu, Arab Saudi juga dilihat turut melaksanakan peraturan visa yang lebih ketat ke atas kemasukan pengunjung dengan menggantungkan visa pelbagai kemasukan selama setahun dan 14 buah negara sekadar layak meraih visa kemasukan tunggal selama 30 hari sahaja.
Secara menyeluruh, musim haji 2025 dijangka akan berlangsung sekitar awal Jun 2025 dan menerusi pembaharuan peraturan tersebut, sama-sama kita nantikan perincian lanjut dari pihak Arab Saudi kelak.