Artikel

Mulai 14 Februari – MySejahtera Bolehkan Warga Emas Buat Janji Temu Dapatkan Vaksin Influenza

Seperti yang umum ketahui bermula 18 Februari ini, Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas di Malaysia akan mula dilaksanakan.

Menerusi gagasan agenda imuninasi ini, suntikan tersebut terbuka buat warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi sejumlah klinik yang terpilih. Maka untuk memudahkan lagi proses pengambilan suntikan tersebut – mulai 14 Februari ini, warga emas boleh mula membuat janji temu penerimaan suntikan influenza tersebut pada aplikasi MySejahtera mereka.

Berlandaskan pelaksanaan itu, dianggarkan seramai 170,000 penerima di seluruh Malaysia akan menikmati manfaat suntikan percuma ini.