Artikel

Kadar Pengangguran Di Malaysia Kini 3.1% – Paras Terendah Sejak 9 Tahun

Pasaran pekerjaan di Malaysia terus memaparkan corak pemulihan yang membrangsangkan apabila Disember 2024 – kadar pengangguran di negara terus menurun dengan mencapai 3.1%, menjadi paras terendah sejak 9 tahun lalu.

Data di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan prestasi itu didorong hasil pertumbuhan ekonomi negara yang lebih kukuh diikuti kadar penyertaan tenaga kerja yang lebih rancak pada pasaran ekonomi semasa.

Sebagai perincian ketika ini terdapat 12.56 individu berstatus pekerja di Malaysia, diikuti 3.12 juta pula lebih selesa bekerja sendiri dan terlibat dalam segmen ekonomi gig, sementara 497,200 individu pula bekerja dengan keluarga sendiri dan 603,200 majikan terdapat di pasaran ekonomi Malaysia.

Taburan ini secara jelas menunjukkan sektor Perkhidmatan terus menerajui kadar penyertaan ekonomi yang tinggi di pasaran semasa. Merangkumi segmen pekerjaan di bawah Borong dan Runcit, Kesenian dan Hiburan, Makanan serta Penginapan.

Menerusi data Disember ini, secara menyeluruh suku keempat 2024 Malaysia memaparkan kemajuan dalam aspek perkembangan tenaga kerja di pasaran. Ketika ini terdapat 17.34 juta tenaga kerja di Malaysia dengan pengurangan jumlah penganggur sebanyak 0.2%.