Artikel

Lesen Peniaga Bazar Akan Dibatal Serta-Merta, Jika Serah Kepada Pihak Lain

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini memberi amaran, dengan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk batalkan kuasa pemegang lesen peniaga bazar Ramadan yang bertindak menyerahkan akses tersebut kepada pihak lain.

Tindakan memindahkan lesen tersebut kepada pihak lain, secara jelas menunjukkan tiada ketelusan dalam ekosistem perniagaaan – di mana akan berlakunya penindasan dalam perolehan hasil kelak.

Langkah mengatasi ini sekaligus akan membantu negara menangani kesan yang lebih besar berlaku di pasaran mendatang kelak. Seperti yang umum ketahui, DBKL kini telah mengambilalih peranan berurusan dalam pemberian lesen untuk bazar Ramadan tahun ini. Usaha itu sekaligus membawa kepada kadar sewaan yang lebih rendah berbanding tahun sebelumnya. Menerusi penurunan kadar itu ia secara langsung akan membantu mengurangkan tekanan kos operasi dan penawaran harga ke atas pengguna negara.

Namun jika amalan pemindahan lesen masih berleluasa, maka kitaran kos yang lebih tinggi akan kekal berlaku dan memberi tekanan harga kepada pengguna negara. Situasi ini wajar dielakkan demi kepentingan semua pihak.