Artikel

Hanya Pamer MyKad – Kini Lebih 6 Juta Pekerja Pencarum PERKESO Raih Rawatan Percuma Di Klinik Terpilih

Hanya dengan memaparkan kad pengenalan fizikal, bermula tahun ini pekerja di bawah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  yang layak menerima Skim Bencana Kerja kini boleh menikmati manfaat rawatan percuma di klinik terpilih seluruh negara sekiranya berdepan kemalangan melibatkan bencana pekerjaan.

Insentif ini secara jelas memberi kelebihan ke atas lebih 6 juta pekerja di seluruh Malaysia, di mana memberi penjimatan pada perbelanjaan kesihatan mereka. Ini bermakna sekiranya para pekerja berdepan kemalangan ketika bertugas maka pekerja berkaitan boleh mendapatkan rawatan susulan percuma di 1,400 klinik panel PERKESO di seluruh negara.

Menerusi kemudahan itu, ia tidak lagi memerlukan tindakan tuntutan oleh pekerja bagi perbelanjaan kesihatan di klinik panel. Buat pengetahuan umum, tahun 2024 merekodkan sejumlah RM8 juta tuntutan telah berjaya dilaksanakan melibatkan 20,000 kunjungan pekerja ke klinik panel.