Artikel

Puspakom Wangsa Maju Akan Ditutup Jun Ini – Beri Laluan JPJ Bangunkan Fasiliti Baharu

Puspakom memaklumkan operasi pusat pemeriksaan di Wangsa Maju akan ditamatkan, selewatnya pada Jun 2025 ini. Penutupan itu difahamkan akan memberi laluan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membuka kemudahan baharu di tapak tersebut.

Susulan penutupan itu, cawangan ganti yang telah diluluskan oleh JPJ adalah akan beroperasi di Bukit Beruntung, Rawang. Di mana cawangan ganti ini dijangka akan siap pada disember 2026 kelak.

Memahami penutupan itu akan membawa kepada isu penangguhan sesi pemeriksaan kenderaan. Buat pengetahuan umum, dalam sehari operasi Wangsa Maju perlu laksana pemeriksaan libatkan 800 unit kenderaan sehari – maka berlandaskan kesulitan itu, Puspakom akan menambah waktu operasi di beberapa cawangan lain seperti di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.