Peranan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dijamin akan terus kekal selaku aset strategik negara biarpun syarikat tersebut akan lalui proses penswataan kelak.
Pemilikan di bawah kerajaan ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) adalah selaras dengan perjanjian pengoperasian yang telahpun dicapai sebelum ini. Di mana kesemua 39 lapangan terbang di bawah MAHB kekal di bawah penguasaan Malaysia.
Makluman yang dikongsikan pada notis Parlimen ini menjelaskan perubahan pegangan itu akan melibatkan penyertaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Berhad yang akan meningkatkan kepentingan mereka dalam MAHB daripada 41% kepada 70%. Sementara Menteri Kewangan (Diperbadankan) iaitu MKD akan mengekalkan kepentingan Saham Khas mereka dalam MAHB.