Bagi merancakkan lagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di pasaran tempatan – PROTON hari ini secara rasminya memulakan pembinaan kilangan pemasangan EV dedikasi pertama mereka di fasiliti berteknologi tinggi Tanjung Malim.
Bersama nilai pelaburan RM82 juta, Proton menjangkakan pelan kilang pemasangan EV ini berupaya disiapkan pada akhir 2025 dengan kapasiti pengeluaran awal 20,000 unit setahun.
Adanya akses kilang ini, ia tidak sekadar menyempurnakan kedudukan Proton EV di Malaysia tetapi turut membolehkan Proton menghasilkan lebih banyak model EV di pasaran Malaysia. Ketika ini tumpuan kekal pada pengeluaran e.MAS 7.
Berdasarkan notis Proton pada hari ini, biarpun fasiliti disokong dengan operasi pengeluaran teknologi pintar namun dijangka hab ini akan mewujudkan lebih 200 pekerjaan baru pada perindustrian EV di Malaysia. Perluasan skop pekerjaan ini untuk makluman tidak termasuk dengan peluang yang lebih besar setelah kemasukan vendor Lembah Teknologi tinggi Automotif (AHTV) ini meluaskan operasi pemasangan mereka di hab tersebut.
Secara menyeluruh, Proton menjangkakan fasa kedua pembangunan kilang tersebut akan memperlihatkan lebih banyak permintaan EV dapat dipenuhi tidak sekadar permintaan tempatan bahkan luar negara. Di mana kapasiti pengeluaran EV ini berupaya ditingkatkan kepada 45,000 unit setahun berbanding 20,000 setahun.