Dalam tempoh 5 tahun lagi, Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan tahun 2030 akan menjadi tahun yang memaparkan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi secara menyeluruh.
Setakat ini di negara, hanya 1,000 sekolah daripada 10,000 sekolah yang masih belum melaksanakan sistem satu sesi susulan berdepan isu kepadatan pelajar yang tinggi. Maka untuk memudahkan lagi objektif tersebut, dijangka sokongan pembinaan sekolah baharu akan meningkatkan lagi kadar penyelesaian isu tersebut.
Menerusi pelaksanaan sekolah satu sesi ini, ia secara langsung akan melaraskan tempoh persekolahan yang sama di seluruh negara di samping membantu kualiti pendidikan lebih baik tanpa menjejaskan tempoh jam waktu bekerja warga pendidik.