Artikel

Bank Islam, RELDYN Bekerjasama – Sedia Penyelesaian Teknologi Kewangan Patuh Syariah

Dalam meluaskan jejak kewangan digital patuh syariah – Bank Islam menerusi anak syarikatnya BIMB Holdings, kini telah meningkatkan strategi mereka apabila hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan RELDYN bagi menubuhkan syarikat teknologi kewangan FINODYN.

Buat pengetahuan umum, penubuhan ini akan melalui beberapa peringkat di mana untuk fasa awal – di mana dalam tempoh dua tahun kedua pihak akan memberi tumpuan pada pembangunan produk dan infrastruktur. Selanjutnya akan mengfokuskan pada aliran jualan secara efektif.

Berdasarkan kesepakatan itu, BIMB Holdings akan menguasai 40% pegangan sementara 60% di bawah penguasaan RELYDYN.

Menerusi FINODYN dengan teras perniagaan ke perniagaan, medium ini akan menyediakan penyelesaian kewangan digital patuh syariah, diikuti aspek rundingan, penyelenggaraan dan perkhidmatan sokongan kepada organisasi dan syarikat di Malaysia.

Adanya komitmen itu dengan meneroka segmen fintech, Bank Islam optimis usaha ini dapat mengukuhkan kedudukan perbankan selaku peneraju dalam landskap kewangan digital Islam.