Pasaran kerja di Malaysia memperlihatkan seramai 2,368,422 pekerja asing yang berdaftar sedang berkhidmat dalam sektor ekonomi negara. Jumlah ini untuk makluman kekal mewakili 14%, iaitu masih terkawal kerana berada di bawah had siling yang ditetapkan oleh kerajaan negara.
Seperti yang umum ketahui, jumlah terkawal ini didasari akan tindakan Malaysia sejak pertengahan Mac 2023 – yang bertindak membekukan kuota pengambilan pekerja asing baharu di pasaran negara.
Berlandaskan data setakat akhir Disember 2024 itu, didapati peratusan pekerja asing terbesar diwakili pekerja Bangladesh dengan 37.96% (898,970 individu), diikuti Indonesia 24.58% (582,108 individu) dan Nepal pula 15.63% (370,127 individu).