Artikel

445,000 Penjawat Awam Kini Manfaat Gemini AI – Tingkatkan Kualiti Kerja Menerusi Google Workspace

Bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk memanfaatkan kemudahan teknologi semasa, Kementerian Digital dan Google Cloud kini mengumumkan pelancaran AI at Work 2.0 – iaitu inisiatif yang melengkapkan penjawat awam dengan akses AI generatif terbaharu Google Workspace.

Menerusi usaha ini, ia secara terus meningkatkan lagi kecekapan gerak kerja penjawat awam di masa hadapan. Berdasarkan perluasan siri sokongan AI di peringkat pentadbiran ini, terdapat 4 sasaran utama dalam memanfaatkan Google Workspace bersama Gemini. Antaranya membolehkan petugas jana kandungan berkaitan pelbagai konteks dan mesyuarat yang lebih berkesan, diikuti meningkatkan tahap komunikasi bersama rakyat, menyokong keupayaan kreatif dalam menambahbaik tugasan berulang dan membantu mempelbagaikan sumber maklumat.

Adanya penerapan akses ini, ia secara berkala akan membantu penjawat awam meningkatkan kualiti kerja mereka di samping tidak ketinggalan akan kemahiran digital semasa. Perihal ini sekaligus akan membentuk objektif kerja berkumpulan yang lebih efektif.