Artikel

2,888 Penyewa PPR Didapati Culas Bayar Sewa – Berdepan Tunggakan Lebih RM14.8 Juta

Ternyata seramai 2,888 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah pengendalian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kini didapati culas untuk melunaskan bayaran sewa kediaman mereka. Tabiat itu secara langsung telah membawa kepada tunggakan sewa lebihi RM14.8 juta dalam tempoh 10 tahun sehingga Disember 2024 lalu.

Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat 166 PPR telah tersedia di seluruh Malaysia namun hanya 22 PPR sahaja yang diselia oleh KPKT. Ini bermakna tunggakan sewa PPR tersebut tidak membawa cerminan menyeluruh berlandaskan penyeliaannya pada senarai penuh.

Berdasarkan tunggakan itu menurut laporan bersama KPKT – jumlah ini melibatkan kumpulan penyewa di PPR Lembah Subang 1 dan PPR Pasir Mas, Kelantan. Di mana ia berlaku susulan sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab dalam melunaskan komitmen bulanan mereka dan untuk makluman kadar sewaan PPR pada kedua unit ini meliputi harga sewa antara RM124 sehingga RM250 bulanan.

Setakat ini pihak KPKT masih melaksanakan pemberian notis makluman secara berkala kepada penyewa yang terlibat. Meskipunterdapat sebilangan penyewa berupaya berdepan penamatan kontrak sewa – namun kesan daripada status golongan rentan, KPKT menjadikan pilihan tersebut sebagai langkah terakhir untuk berbuat demikian.