Artikel

Caj RM1 Bantu Bank Tampung Kos Operasi ATM – PayNet 

Seperti yang umum ketahui, sejak akhir tahun lalu terdapat usaha dari pihak kesatuan mencadangkan pemansuhan caj RM1 pengeluaran wang ATM dilaksanakan. Namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan berhubung usul tersebut dari pihak terlibat.

Menurut pihak PayNet dalam kenyataan bersama Rnggt, di Malaysia sahaja terdapat lebih 13,000 mesin ATM beroperasi di pasaran bersama 4,000 ejen bank yang menawarkan perkhidmatan pengeluaran tunai. Menerusi akses itu, pengeluaran tunai di ATM yang dikendalikan oleh bank sendiri dijelaskan adalah kekal percuma.

Namun bagi pengeluaran tunai di ATM bank lain maka caj RM1 antarabank akan dikenakan ke atas pengguna. Caj ini untuk makluman bertujuan untuk membantu bank menampung kos operasi ATM, termasuklah perkhidmatan penyaluran tunai bagi memastikan tahap keselamatan di peringkat baik, diikuti menyokong kos teknologi pewarna dakwat serta langkah penyelenggaraan sistem ATM tersebut.

Selaku pengendali rangkaian SAN – Share ATM Network, PayNet melihat kemudahan ATM dapat membantu para pengguna, memudahkan mereka meraih akses tunai di samping memiliki akses secara nirtunai (tanpa tunai). Kemudahan ini dilihat menyeimbangkan ekosistem kewangan di Malaysia.

Secara menyeluruh PayNet terus komited untuk menambahbaik perkhidmatan mereka bersama pengguna di Malaysia secara berkala dalam pasaran semasa.