Artikel

CIMB Maklum Sistem MyDebit Akan Tergendala Seketika – Pada 15, 17 Dan 18 Februari Ini

Para pemegang Kad Debit CIMB kini diminta untuk bersedia akan sebarang kesulitan ketika melakukan transaksi perbankan. Ini kerana pada tarikh 15, 17 dan 18 Februari ini dimaklumkan Sistem MyDebit akan tergendala susulan langkah penyelenggaraan berkala perbankan.

Gangguan pada tempoh tersebut untuk makluman pengguna akan dilakukan pada masa yang berbeza. Di mana pada 15 Februari gangguan akan bermula jam 12 tengah malam sehingga 8 pagi, pada 17 Februari akan bermula pada jam 12 tengah malam sehingga 12.30 tengah hari dan 18 Februari pula gangguan akan bermula jam 12 tengah malam sehingga 10 pagi.

Menerusi perincian itu, ia menjelaskan sebarang transaksi yang dijalankan pada tempoh tersebut berpotensi terjejas dan dengan notis ini diharap semua pelanggan peka akan gangguan yang berlaku pada sistem MyDebit.

Maka untuk memastikan urus niaga transaksi para pengguna tidak terkesan, semua pihak diminta melaksanakan transaksi lebih awal ataupun menggunakan saluran pembayaran lain untuk kemudahan. Sebarang isu lanjut, semua pihak boleh layari laman rasmi CIMB bagi tindakan seterusnya.