Artikel

Pemberian Diskaun Tol 50% Akan Diteruskan, Bagi Semua Perayaan Tahun Ini

Sekiranya tahun lalu, pentadbiran negara menawarkan pemberian tol percuma pada setiap musim perayaan – kini setelah dilaksanakan pada Tahun Baru Cina, langkah diskaun tol 50% akan dilanjutkan ke atas semua perayaan di Malaysia bagi menggantikan amalan tol percuma sepenuhnya sebelum ini.

Perkongsian Kementerian Kerja Raya pada laporan hari ini menjelaskan tindakan itu akan beri penjimatan berganda kepada pentadbiran yang perlu menanggung sekitar RM180 juta setahun sekiranya pemberian tol sepenuhnya dilaksanakan. Menerusi diskaun 50% tol itu, dianggarkan sekitar RM80 juta kos yang perlu ditanggung oleh negara kepada syarikat konsesi.

Menerusi pengumuman ini, ia bermakna penawaran diskaun tol 50% akan diteruskan pada sambutan perayaan lain pada tahun ini.