Untuk meluaskan lagi saluran pembayaran secara ansuran bersama pengguna, RHB Bank hari ini melancarkan akses RHB PayLater iaitu penyelesaian bayar nanti pakai lekas (BNPL) yang dipautkan secara terus pada kad debit perbankan pengguna.
Menerusi integrasi itu, kelayakan akses RHB PayLater ini akan didasari berasaskan tingkah laku transaksi pengguna berlandaskan cara perbelanjaan pengguna dengan kad debit. Adanya kemudahan itu, ini akan beri kelebihan kepada pengguna dalam berbelanja di samping meraih kapasiti kuasa beli yang lebih tinggi.
Pada pengenalan itu, RHB menyasarkan lebih 500,000 pengguna akan memanfaatkan akses tersebut susulan telah melepasi pra-kelayakan berikutan tabiat berbelanja dan menyimpan mereka yang direkodkan pada transaksi akaun simpanan dan semasa (CASA) RHB.
Berdasarkan penawaran akses ini, pengguna RHB akan meraih pilihan pelan pembayaran ansuran selama 3 bulan mahupun 6 bulan berdasarkan keperluan aliran tunai pengguna. Malah akses ini telahpun mendapat kerjasama dengan lebih 1,000 premis perniagaan di seluruh negara.
Biarpun akses ini memudahkan aliran tunai para pengguna, namun semua pihak perlu peka akan penggunaannya secara berkala – supaya tidak melebihi kemampuan yang sekaligus berpotensi meningkatkan kadar hutang pengguna.