Bersempena sambutan perayaan Thaipusam minggu hadapan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama 2 hari bermula 10 Februari ini untuk pengguna KTM Komuter Lembah Klang.
Tawaran itu untuk makluman akan memperlihatkan operasi perkhidmatan tambahan akan berlangsung selama 24 jam selama 4 hari bermula Ahad ini 9 Februari sehingga 12 Februari ini.
Berdasarkan notis Kementerian Pengangkutan (MOT), penawaran itu bagi memudahkan perjalanan orang awam yang ingin melihat keunikan sambutan Thaipusam – antaranya di lokasi seperti Batu Caves. Tidak hanya itu, perkhidmatan melibatkan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang juga akan alami perubahan pada tempoh tersebut dan beroperasi mengikut jadual perjalanan penuh sepanjang sambutan Thaipusam.