Artikel

ZUS Coffee Umum Naikkan Harga Sebanyak 30 Sen – Kesan Lonjakan Kos Biji Kopi, Koko

Bermula 3 Februari 2025, ZUS Coffee secara rasminya memaklumkan – kebanyakkan produk minuman mereka alami peningkatan harga sekitar 30 sen. Sementara terdapat 5 menu minuman pula kekal di paras harga sama iaitu Espresso, Americano, CEO Latte, Coconut Latte dan CEO Coconut Latte.

Pelaksanaan ini menurut notis ZUS, didasari akan tekanan lonjakan kos ke atas biji kopi dan koko di pasaran global. Untuk makluman kos biji kopi telah alami peningkatan ke paras tertinggi sejak 1977 dan tekanan tersebut telahpun ditanggung oleh ZUS pada tahun lalu. Namun untuk tahun ini, penyerapan kos itu dilihat semakin sukar.

Situasi yang sama turut didepani akan bebanan kenaikan kos koko, yang menuntut tindakan wajar oleh ZUS dengan meningkatkan harga kebanyakan minuman mereka.

Malah memahami kenaikan harga ini akan mengecilkan kuasa beli pengguna – ZUS Coffee telah tampil dengan siri Tak Mau Kopi, dengan menawarkan pilihan minuman baharu tanpa kafein pada harga yang lebih rendah buat pengguna.

Secara menyeluruh, pelarasan harga ini untuk makluman dilaksanakan setelah 5 tahun ZUS Coffee terlibat pada industri pasaran tempatan.