Artikel

Kerajaan Kini Laksana Pertukaran Kakitangan Di Kaunter, Yang Bertugas Lebih 5 Tahun – Untuk Pacu Kualiti

Bermula hari ini, inisiatif Pusingan Kerja Petugas Kaunter akan dilaksanakan bagi menambahbaik kualiti perkhidmatan kaunter kerajaan bersama keperluan rakyat negara. Penguatkuasaan ini untuk makluman akan melibatkan semua kementerian termasuklah jabatan di bawah kementerian tersebut.

Berdasarkan perincian, setiap kementerian yang terlibat perlu mengenalpasti pegawai yang telah berkhidmat di kaunter lebihi 5 tahun dan selanjutnya perlu laksana inisiatif pusingan kerja tersebut bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan semasa.

Ini kerana penempatan petugas awam pada tempoh lebihi 5 tahun disifatkan terlalu lama dan tidak lagi relevan. Maka menerusi inisiatif pusingan kerja ini, ia dapat membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan semasa.

Menerusi pelaksanaan itu, usaha ini juga akan memberi perspektif baharu kepada tugasan pegawai awam untuk meneroka kemahiran dan pengalaman kerja baharu mereka. Langkah itu sekaligus akan mengukuhkan lagi kualiti perkhidmatan awam kepada rakyat negara secara berkala.