Artikel

Mulai Separuh Kedua 2025 – Tarif Elektrik Akan Naik, Namun Bukan 14% 

Bermula separuh tahun kedua tahun ini, dijangka penduduk Malaysia akan memperlihatkan pelarasan kadar tarif elektrik di pasaran negara. Yang dimaklumkan akan ditetapkan semula setelah mencapai kesepakatan pada sesi semakan.

Semakan itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sambutan Tahun Baru Cina bersama Gabungan Perniagaan Perindustrian Cina semalam, akan diteliti berlandaskan keperluan, kapasiti dan harga pada tempoh tertentu. Meskipun kenyataan ini jelas mencerminkan tarif elektrik akan alami peningkatan, kerajaan secara tegas menafikan kenaikan tersebut akan meningkat 14% seperti yang dicadangkan.

Perihal ini akan diperincikan kelak untuk penjelasan buat semua pengguna negara. Setakat ini, kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak akan membebani 85% rakyat Malaysia dan hanya sektor industri akan berdepan pelarasan peningkatan.