Artikel

Kadar Caruman 2% KWSP Kepada Pekerja Asing, Akan Dilaksanakan Kelak – PM Anwar

Tidak lama lagi, kadar caruman 2% pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dilaksanakan bersama pekerja asing di Malaysia.

Makluman ini seiring dengan agenda negara yang dimaklumkan pada Belanjawan 2025, yang ingin mewajibkan semua pekerja di Malaysia termasuklah pekerja bukan warganegara mencarum di bawah KWSP. Langkah itu bertujuan memastikan hak simpanan hari tua dapat dinikmati semua pihak.

Kadar itu menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pada sambutan Tahun Baru Cina bersama Gabungan Perniagaan Cina hari ini adalah lebih rendah berbanding cadangan awal dikadar 12%.

Biarpun telah mendapat paras minimum kadar caruman, perincian lanjut berhubung pelaksanaan tersebut masih lagi tidak diketahui.