Tahun lalu memperlihatkan lebih 1.6 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terlibat dalam penyaluran caruman secara sukarela. Di mana 400,000 pencarum adalah kalangan kumpulan yang bekerja sendiri menerusi skim i-Saraan sementara bakinya pula adalah kumpulan pekerja yang sememangnya telah laksana caruman secara automatik bersama majikan.
Tindakan itu menurut KWSP, sekaligus menunjukkan tahap keyakinan kumpulan pekerja akan medium KWSP selaku platform tambahan simpanan mereka semakin meningkat. Situasi ini berpotensi didasari akan perolehan kadar dividen yang lebih tinggi.
Sebagai perincian, di bawah skim i-Saraan ini para pencarum berupaya meraih intensif khas 20% sehingga RM500 daripada kerajaan berlandaskan jumlah caruman sukarela mereka. Akses ini sekaligus membantu kumpulan pencarum meningkatkan kuasa simpanan persaraan mereka secara berkala di masa hadapan.
Selain perkembangan itu, didapati 70% kumpulan pencarum KWSP turut tidak pernah melaksanakan sebarang pengeluaran pada Akaun Fleksibel iaitu akaun ketiga caruman. Perihal itu dijangka akan memberi manfaat pada perolehan kadar dividen pada Mac ini.