Artikel

Arab Saudi Kini Benarkan Syarikat Asing Melabur Di Mekah, Madinah

Dalam usaha meluaskan aliran pasaran antarabangsa, Arab Saudi kini membuka ruang untuk syarikat asing melabur di kota suci Mekah dan Madinah. Akses ini untuk makluman hanya terhad kepada pelaburan bersama syarikat yang tersenarai pada pasaran modal Arab Saudi, miliki hartanah dan beroperasi di sempadan kedua kota tersebut.

Akses ini menurut Pihak Berkuasa Pasaran Modal Saudi (CMA) adalah tertakluk di bawah kelulusan Kawalan Pengecualian Syarikat Tersenarai di Bursa Saham Saudi. Namun pemilikan kepentingan kumpulan pelabur asing yang bukan warganegara ini hanya dibenarkan sehingga 49% sahaja.

Menerusi perluasan akses pelaburan itu, usaha itu selari dengan matlamat 2030 mereka dan dijangka akan merancakkan lagi aliran ekonomi Arab Saudi serta mengurangkan kebergantungan negara ke atas hasil minyak semata.