Artikel

BNM Denda Ambank RM875,000, Maybank RM750,000 – Kesan Menyalahi Akta Khidmat Wang 2013

Bank Negara Malaysia (BNM) kini memaklumkan pada pertengahan Julai 2024 – pihaknya telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) ke atas Ambank dengan RM875,000 dan Maybank pula RM750,000.

Tindakan ini untuk makluman susulan institusi kewangan tidak mematuhi piawaian di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 melibatkan pelaporan, pematuhan serta data kewangan khusus. Diikuti secara khususnya kegagalan Ambank untuk meraih kelulusan BNM bagi menjalankan dua urus niaga libatkan Dasar Pertukaran Asing.

Selain Ambank dan Maybank terdapat 4 lagi entiti kewangan turut berdepan tindakan denda iaitu Maybank Islamic Berhad (RM150,000), AmInvestment Bank (RM10,000) yang didapati tidak mematuhi piawaian di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Sementara Worldwide Superstar Money Changer pula berdepan denda RM51,000 susulan tidak mematuhi piawaian di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 dan RHB Bank pula berdepan denda yang sama sebagaimana Ambank dan Maybank di bawah APK 2013 dengan nilai RM750,000.