Artikel

Majikan Tidak Boleh Paksa Pekerja Ambil Cuti Tahunan, Cuti Tanpa Gaji Bagi Kurangkan Kos Operasi – KESUMA

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) kini memaklumkan kumpulan majikan tidak boleh sewenangnya memaksa pekerja untuk mengambil cuti mahupun cuti tanpa gaji berikutan operasi perniagaan perlu ditutup pada hari kelepasan am iaitu pada 29 dan 30 Januari ini sempena Tahun Baru Cina.

Penegasan ini rentetan terdapat aduan diterima, menyatakan sebilangan majikan telah melaksanakan tindakan tersebut ke atas pekerja mereka.

Kementerian menegaskan tindakan itu adalah suatu kesalahan dan kumpulan majikan tidak boleh berbuat sedemikian susulan cuti tahunan dan cuti tanpa gaji hendaklah diberikat atas kehendak serta permohonan pekerja sendiri.

Sekiranya terdapat kumpulan majikan yang masih berdegil melaksanakan tindakan tersebut, para pekerja terkesan boleh melaporkan perkara sedemikian kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan lokasi pekerjaan mereka.

Menerusi langkah itu, tindakan perundangan di bawah peruntukan Seksyen 59 Akta Kerja 1955 (Akta 265) akan diteliti kerana telah memanipulasi hak pekerja mengikut kebajikan yang telah diwartakan.