Artikel

Suruhanjaya Sekuriti Lancar SARANA – Perluas Akses Keperluan Modal Buat Peniaga, Kontraktor Kecil

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) minggu ini, secara rasminya telah melancarkan SARANA iaitu skim pembiayaan alternatif buat keperluan modal kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil dengan kerjasama  9 penyedia pembiayaan P2P.

Pengenalan skim SARANA ini untuk makluman telah berkuat kuasa serta-merta di mana ia bertujuan untuk menangani jurang modal kritikal buat PMKS dan kontraktor kecil yang menyertai kontrak Kerajaan di bawah skop bekalan, perkhidmatan atau kerja. Di bawah SARANA ini terdapat dua pilihan pembiayaan utama ditawarkan ia merangkumi pembiayaan invois – yang menyokong aliran tunai selepas kontrak dan pembiayaan untuk melaksanakan kontrak iaitu pra-pembiayaan sebelum projek dilaksanakan.

Menerusi tawaran modal sedemikian, antara pengendali platform P2P yang terlibat adalah B2B Finpal, FBM Crowdtech. disusuli penawaran pembiayaan patuh-syariah pula adalah Bay Smart Capital Ventures, Capsphere Services, Crowd Sense, P2P Nusa Kapital, MicroLEAP PLT, Modalku Ventures dan Monesy Save Malaysia.

Adanya kerjasama sedemikian, aliran perniagaan di Malaysia akan terus berkembang secara berkala. Buat pengetahuan umum, setakat September 2024 – hasil sokongang pembiayaan P2P telah berupaya membantu ekosistem perniagaan negara dengan mengumpul jumlah dana sokongan mencapai RM7.9 bilion.