Kedudukan Malaysia pada risiko ancaman web dilihat semakin meningkat pada pasaran global – berikutan sekitar 27.9 juta ancaman web telah dikesan dan disekat pada tahun 2024.
Data di bawah Kaspersky Security Network (KSN) ini secara jelas telah meletakkan Malaysia di tangga ke-30 dunia, di mana berlakunya 4% peningkatan kedudukan berbanding tahun 2023. Maka keperluan mendesak diperlukan untuk tindakan kritikal ke atas negara bagi meningkatkan langkah keselamatan melindungi data individu dan perniagaan di Malaysia.
Melihat pada risiko tersebut, Kaspersky menyarankan pihak terlibat untuk meningkatkan amalan keselamatan siber. Kesan pengabaian tersebut berpotensi menyebabkan berlakunya kebocoran data, menjejaskan reputasi, kerugian kewangan dan menganggu aliran perkhidmatan.
Buat pengetahuan umum, berdasarkan rekod sejak 2020 sehingga 2024, sekitar RM5 bilion kerugian telah dicatatkan kesan jenayah siber yang berlaku di Malaysia.