Artikel

Fad’l Mohamed Dilantik Selaku CEO Bursa Malaysia Baharu – Mulai 1 Mac 2025

Setelah Datuk Muhammad Umar Swift melepaskan peranannya, kini Bursa Malaysia memaklumkan jawatan tersebut akan dipimpin oleh Dato’ Fad’l Mohamed selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu – berkuat kuasa 1 Mac 2025 ini.

Pemilihan ini telah dicapai hasil keputusan bersama lembaga pengarah mengikut Seksyen 10 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Adanya penyertaan Fad’l pada operasi Bursa ia dilihat akan merancakkan lagi produktiviti kumpulan susulan pengalaman beliau dalam pasaran modal dan perbankan pelaburan yang luas – berupaya membantu mengukuhkan hala tuju operasi Bursa di masa hadapan.