Sekiranya pimpinan Joe Biden melihat penubuhan mata wang digital dolar (CBDC) sebagai kaedah untuk membantu kumpulan pengguna yang tidak miliki akaun bank pada pasaran semasa – namun berbeza pula dengan pimpinan di bawah Donald Trump, yang melarang pembentukan dolar digital dilakukan pada pasaran ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Arahan yang dikeluarkan Trump pada minggu lalu ini, secara langsung telah menimbulkan pelbagai reaksi ke atas orang awam. Pelaksanaan CBDC itu menurut laporan AFP dilihat akan menjadi ancaman kepada kestabilan kewangan di AS. Langkah itu menurutnya akan memberi risiko tidak hanya kepada data privasi pengguna bahkan ke atas kedaulatan negara AS.
Mengambil maklum akan penegasan tersebut, Rizab Persekutuan AS (Fed) menyatakan ketika ini pihak persekutuan tiada perancangan untuk melaksanakan dolar digital dalam tempoh terdekat. Maka segala kegusaran berkenaan CBDC itu tidak akan berlaku pada pasaran AS buat masa ini.