Bagi menangani isu berkaitan keselamatan pada lokasi pelancongan negara, pelancong yang memasuki Thailand kelak perlu mengisi kad ketibaan digital atau TM6, bermula 1 Mei 2025 ini.
Tuntutan ini merangkumi semua laluan pelancong memasuki Thailand. Tidak hanya laluan udara, bahkan darat serta laut. Keperluan ini juga perlu dilaksanakan negara yang miliki pengecualian visa.
Setakat ini difahamkan tiada pengenaan caj akan dilaksanakan dan pengecualian kad digital tersebut hanya terpakai untuk pengguna yang memiliki pasport Thailand sahaja.