U Mobile, penyedia rangkaian 5G kedua negara kini dalam perancangan untuk membuka 28 cawangan menjelang tahun 2026. Menerusi perluasan tersebut, ini secara langsung meningkatkan lagi jejak perkhidmatan telekomunikasi kumpulan bersama pengguna Malaysia.
Selain perluasan itu, U Mobile turut menampilkan konsep yang berbeza pada cawangan utama baharunya. Ia dapat diperlihat pada pelancaran cawangan Sunway Pyramid hari ini yang mengetengahkan ruang immersive dome bersama sokongan realiti maya (AR) dan realiti terimbuh (AR). Tidak hanya itu ciri runcit pintar turut tersedia dengan menggunakan tanda harga digital bersama akses CCTV yang dikuasakan AI pada pemantauan operasi.
Lebih menarik, cawangan tersebut turut menyediakan HoloBox, yang berfungsi kepada Sistem Pengurusan Giliran – yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan avatar holografik duta U Mobile iaitu Stacy Anam bagi mendapatkan perkhidmatan. Tidak hanya itu, segmen ini turut menyediakan akses kiosk foto – yang membolehkan para pengguna menangkap gambar dan imej akan dijana AI dan seterusnya dipancarkan ke dalam dome imersif.
Selain penawaran produk dan khidmat telekomunikasi, U Mobile pada cawangan utama ini turut menyertakan segmen jualan produk gaya hidup seperti pakaian, kasuk dan topi eksklusif. Menerusi gabungan khidmat jualan itu, konsep demikian dilihat lebih santai dengan mengalakkan perhatian pengguna muda pada kemasukan cawangan.