Setelah memaklumkan tiada lagi penawaran tol percuma kepada rakyat Malaysia bagi setiap sambutan perayaan, kini kerajaan membuat “pusingan U” apabila secara rasminya mengumumkan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Tahun Baru Cina 2025.
Menerusi langkah ini, sejumlah RM20.08 juta peruntukan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia bersama syarikat konsesi tol terlibat. Keputusan penawaran 50% potongan tol ini dijelaskan akan bermula pada jam 12.01 malam pada 27 Januari dan berakhir pada jam 11.59 malam 28 Januari 2025.
Penawaran ini akan melibatkan semua kenderaan persendirian Kelas 1 sahaja di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura.