Bertepatan dengan matlamat Malaysia, untuk meneroka potensi baharu dalam hab kewangan kini MIMOS dan Masverse secara rasminya menjalankan kerjasama bagi memajukan ekosistem rantaian blok di Malaysia. Kesepakatan ini akan memberi tumpuan kepada MasChain, iaitu infratruktur rantaian blok yang menawarkan penyelesaian bagi meningkatkan ciri keselamatan dan kebolehpercayaan transasksi.
Menerusi kerjasama yang dicapai, kedua pihak menggariskan beberapa langkah kerja utama, termasuk penggunaan MasChain untuk aplikasi Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) dan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi menyokong rantaian blok Masverse dalam MBI.
Usaha ini juga akan menumpukan penerokaan aplikasi dalam bidang teknologi kewangan serta sektor lain bagi menambahbaik ciri kecekapan dan ketelusan. Dengan MasChain sebagai terasnya, kerjasama antara MIMOS dan Masverse ini dijangka memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi digital Malaysia – merentasi pelbagai sektor meliputi industri teknologi kewangan, pendidikan, peruncitan, kebolehkesanan halal dan pengurusan rantaian membabitkan identiti digital dan pihak berkuasa.