Walaupun paras gaji minimum telah mula alami peningkatan secara berkala, disusuli pasaran pekerjaan yang kian meluas – namun perlu diakui jurang gaji antara wanita dan lelaki terus berlaku dan terdapat sebilangan sektor memaparkan jurang yang terlalu tinggi meskipun pengalaman dan kemahiran kedua jantina adalah selari.
Memahami kelompongan ini, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat kelak akan meneliti isu berkaitan dan mengemukakannya pada tumpuan Kabinet.
Kenyataan ini untuk makluman dapat diperlihat pada data Jabatan Perangkaan (DOSM) yang merekodkan secara purata siswazah wanita meraih gaji adalah RM900 lebih rendah berbanding lelaki walaupun memiliki kelayakan yang sama. Malah terdapat juga aspek jangkaan majikan ke atas pekerja wanita terus mengecilkan peluang mereka dalam meraih pendapatan yang lebih baik.
Selain tumpuan gaji, pihak pentadbiran turut ingin meluaskan lagi peluang wanita pada kumpulan pimpinan. Ini selari fengan peruntukan RM5 juta yang disalurkan belanjawan bagi melahirkan 100 pemimpin wanita dalam pasaran ekonomi negara. Adanya fokus sedemikian ia selaras dengan matlamat negara untuk meningkatkan penyertaan wanita kepada 60% pada pengurusan tinggi di Malaysia menjelang 2030.