Artikel

Pospay Kini Sedia Ciri Kiriman Wang, Buat Kemudahan 2.7 Juta Pekerja Indonesia Di Malaysia

Hasil kerjasama Neurogine dan Pos Indonesia, kini perkhidmatan kiriman wang mudah alih telah diperkenalkan di bawah aplikasi Pospay – untuk memudahkan pekerja Indonesia di Malaysia laksana transaksi secara berkala di pasaran.

Kemudahan ini tidak sekadar membantu ekonomi Indonesia bahkan turut memberi kelebihan kepada kumpulan pekerja yang terlibat dengan meraih akses penghantaran libatkan 20 bank dan 6 penyedia dompet digital di Malaysia.

Untuk peringkat awal, kemudahan khidmat ini dimaklumkan akan tersedia bagi pekerja yang berada di Sabah dan Sarawak dan selanjutnya diperluaskan ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Adanya akses ini ia berupaya memberi manfaat ke atas 2.7 juta pekerja Indonesia berdaftar di Malaysia dan lebih 12 juta pekerja Indonesia di pasaran luar negara.