Paras inflasi Malaysia terus memaparkan peningkatan yang lebih rendah apabila merekodkan 1.7% pada Disember 2024.
Prestasi ini didorong susulan kenaikan kos yang lebih rendah dicapai pada beberapa segmen ekonomi semasa. Antaranya khidmat Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Khidmat (3.2%), khidmat hiburan seperti kos Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan (1.7%), Kesihatan (1.1%) dan Barangan Kediaman (0.4%).
Sementara inflasi segmen Restoran dan khidmat Penginapan pula naik 2.9% dan 2.7%, Diikuti inflasi Maklumat dan Komunikasi menurun 5.4%.
Bagi taburan negeri pula, kebanyakan negeri memaparkan penurunan pasaran inflasi di bawah paras nasional 1.7% namun kesemua negeri kekal memaparkan peningkatan inflasi pada Makanan dan Minuman. Setakat ini, kadar tertinggi dicatatkan Selangor dengan 4.1%, diikuti Kuala Lumpur (3.1%), Johor (3.0%), Terengganu (2.9%) dan Putrajaya (2.9%).
Secara menyeluruh data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menyimpulkan inflasi tahun 2024 memaparkan kadar 1.8% – ini menjadikan ia sebagai penurunan inflasi dua 2 tahun berturut sejak 2022 dengan paras 3.3%. Perihal ini secara asasnya memberi gambaran tekanan kos di Malaysia masih terkawal meskipun terdapat beberapa cabaran dalam sebilangan pasaran ekonomi.
Sebagai perbandingan, inflasi Malaysia kekal rendah berbanding Vietnam (2.9%) Filipina (2.9%) dan Republik Korea (1.9%). Namun kekal tinggi berbanding Indonesia (1.6%) dan Thailand (1.2%).