Untuk memastikan perjalanan pemandu lancar dan tidak berlakunya kesesakan di stesen tol – Touch ‘n Go eWallet kini memperkenalkan ciri SOS Balance, yang membolehkan pengguna lepasi tol biarpun baki kad anda tidak mencukupi. Menarik bukan? Ini apa yang pengguna perlu tahu berkenaan ciri SOS Balance TNG:
Apa Itu Ciri SOS Balance
Ciri SOS Balance ini dilaksanakan pada aplikasi TNG eWallet untuk memudahkan para pengguna melunaskan pembayaran tol mereka sekiranya baki kad TNG anda tidak mencukupi. Penyediaan ciri tersebut buat masa ini, hanya tersedia untuk pembayaran tol sahaja. Di mana setelah menggunakan ciri SOS Balance ini – pengguna perlu menambah nilai TNG eWallet dalam tempoh 24 jam dan baki SOS Balance yang tertunggak akan ditolak secara automatik.
Hanya Pengguna Setia TNG eWallet Sahaja – Layak Raih Ciri SOS Balance
Penawaran ciri ini untuk makluman tersedia buat pengguna setia TNG eWallet sahaja. Ini bermakna terdapat potensi untuk sebilangan pengguna sahaja yang menerima akses tersebut. Tetapi tidak perlu khuatir, untuk meningkatkan kriteria pengguna bagi akses ini – semua pengguna perlu selesaikan semua bayaran tertunggak yang dilaksanakan menerusi TNG eWallet dan perlu meningkatkan kekerapan tambah-nilai serta aktif menggunakan TNG eWallet sebagai medium transaksi anda.
Bagi kumpulan pengguna yang layak, ciri SOS Balance ini akan diaktifkan secara automatik dan untuk mereka yang tidak lepasi kelayakan perlu menambahbaik tabiat perbelanjaan anda bersama TNG eWallet sebagaimana yang dimaklumkan.
PayDirect Perlu Diaktifkan – Untuk Ciri SOS Balance Berfungsi
Meskipun layak, tetapi terdapat beberapa faktor turut menyebabkan ciri ini tidak dapat berfungsi. Menurut TNG, perihal ini didasari berasaskan aspek tertentu antaranya sokongan ciri ini hanya tersedia di plaza tol terpilih sahaja yang menyokong pembayaran RFID dan PayDirect buat masa ini. Selain itu, bagi para pengguna yang memiliki baki eWallet mencukupi maka ciri SOS Balance ini tidak akan diaktifkan susulan pengguna masih memiliki kemudahan untuk melunaskan bayaran tol. Dan untuk memastikan ciri ini berfungsi ketika alami situasi kecemasan, pengguna perlu aktifkan RFID atau PayDirect pada aplikasi TNG eWallet anda – terdapat potensi PayDirect telah dinyahaktifkan.
Ini Senarai Lokasi Tol Yang Menyokong Ciri SOS Balance TNG
Buat masa ini, ciri SOS Balance hanya tersedia di plaza tol terpilih sahaja iaitu melibatkan plaza tol yang menyokong TNG RFID dan PayDirect. Maka untuk meluaskan akses tersebut, para pengendali lebuh raya digalakkan untuk kembangkan liputan RFID dan PayDirect bagi meningkatkan kuasa akses SOS Balance ke atas para pengguna negara.
Adanya inisiatif itu, usaha ini akan melancarkan lagi proses pembayaran tol ke atas kumpulan pemandu di Malaysia.