Artikel

AirAsia Perluas Pelesenan Jenama – Kini Perkenal Koleksi Bagasi Eksklusif Bersama American Tourister

Tidak sekadar ingin menjadi pilihan khidmat penerbangan yang berpatutan dan mampu-milik – AirAsia kini terus meluaskan jenama merek merentasi pelbagai produk, dengan laksana langkah strategik baharu bergabung bersama American Tourister memperkenalkan koleksi bagasi eksklusif kepada para pelancong iaitu The Funseekers Collection.

Menerusi kerjasama yang dicapai Abc, iaitu cabang perlesenan dan dagangan jenama AirAsia – kolaborasi ini dilihat dapat meluaskan lagi pengenalan jenama penerbangan di pasaran global. Usaha perluasan pelesenan jenama itu secara langsung perluas peluang pertumbuhan baharu operasi dan membuka akses kepada pasaran baharu di masa hadapan kelak.

Setakat ini difahamkan koleksi tersebut akan tersedia di lokasi runcit terpilih pada pasaran Malaysia dan seterusnya akan dilancarkan pada pasaran Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.