Bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan akan laksana Skim Harga Maksimum Musim Perayaan buat kemudahan para pengguna.
Pelaksanaan SHMMP pada barangan terpilih ini difahamkan akan berkuat kuasa mulai 25 Januari hingga 2 Februari 2025. Maka berdasarkan penetapan itu, sebanyak 16 jenis barangan diwartakan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan kali ini dan senarai barangan adalah seperti berikut:
- Cili Merah
- Bawang Besar
- Bawang Merah Besar Import
- Sawi Pendek
- Kepak Ayam
- Ikan Bawal Putih
- Udang Putih
- Kobis Bulat Import
- Ubi Kentang Import
- Bawang Putih
- Halia Tua
- Lobak Merak
- Lobak Putih
- Babi Hidup
- Daging Babi – Perut
- Daging Babi – Daging, Lemak
Susulan itu sekiranya didapati terdapat peniaga atau mana-mana pihak yang gagal mematuhi aturan harga yang ditetapkan di bawah senarai KDPN – ditegaskan akan berdepan penalti dan tindakan peundangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.