Artikel

Tiada Lagi Tol Percuma Ketika Musim Perayaan – Menteri Kerja Raya

Sebagaimana yang dicapai pada mesyuarat kabinet lalu, Kementerian Kerja Raya kini memaklumkan tiada lagi pemberian tol percuma sempena musim perayaan di Malaysia.

Langkah itu difahamkan akan diganti dengan pendekatan baharu, iaitu lebih bersasar ke atas pemandu di Malaysia. Bagaimanapun, pelaksanaan tersebut masih tidak diperincikan, di mana ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Menerusi pengumuman tersebut, ini menjadikan tahun 2024 sebagai tahun terakhir penawaran tol percuma bagi musim perayaan disediakan oleh pentadbiran Malaysia.

Buat pengetahuan umum, secara purata kerajaan perlu membayar RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi bagi mana-mana pelaksanaan tol percuma. Setakat ini, tol percuma Aidilfitri libatkan kos RM80.07 juta, Deepavali (RM42.31 juta), Tahun Baru Cina (RM41.21 juta) dan Krismas (RM38 juta).