Setelah lebih 6 bulan beroperasi pada pasaran kewangan di Malaysia – Boost Bank kini memperlihatkan sokongan jumlah pengguna yang membrangsangkan dan lebih menarik pada tempoh yang singkat ini, lebih 65% pengguna mereka adalah kalangan kumpulan yang kurang mendapat akses perkhidmatan perbankan.
Menerusi data itu, ia sekaligus mencapai matlamat utama operasi untuk menyediakan khidmat kewangan menyeluruh kepada semua individu dalam ekonomi negara.
Selain pencapaian tersebut, Boost Bank turut merekodkan nilai transaksi deposit mencapai RM700 juta dalam tempoh 6 bulan. Prestasi ini antaranya disokong susulan kerjasama dengan rakan perkhidmatan dan telekomunikasi seperti CelcomDigi.
Selain segmen kewangan, tumpuan Boost pada segmen kumpulan peniaga juga dilihat akan diperluaskan pada tahun ini. Di mana akan terdapatnya penyediaan akses libatkan percukaian dari aspek mengemukakan, invois, laporan kewangan serta rekod transaksi.