Setelah meluaskan jejak operasi mereka pada pasaran Malaysia – Antler, firma modal teroka peringkat awal global kini telah berjaya merealisasikan 19 kesepakatan pelaburan pada pasaran tempatan yang membawa nilai $2 juta sejak memasuki negara pada tahun 2023.
Meskipun pasaran semasa jelas memaparkan cabaran akan tekanan kos namun pengukuhan kekuatan ekonomi Malaysia dilihat berjaya mengekalkan prestasi operasi mereka dalam tempoh tersebut. Buat pengetahuan tahun 2024, menunjukkan landskap pelaburan di Asia Tenggara merosot 59% namun pasaran negara kekal stabil mendepaninya.
Melihat pada potensi tersebut, Antler akan melanjutkan perluasan khidmat mereka dengan sasaran melabur $20 juta pada pasaran Asia Tenggara bagi tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Perancangan itu termasuklah perluasan pelaburan di Malaysia.
Tindakan itu sekaligus akan mengukuhkan lagi sokongan kumpulan startup negara pada pasaran hadapan kelak.